Senin, 19 Desember 2011
Jom jadi tokey Tol
Hari ni aku turun ke Lembah Kelang dan melalui Lebuhraya Federal dari KL menuju ke Shah Alam. Bila menggunakan lebuhraya, aku kena melalui Tol Batu 3 yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. Selain penggunaan lebuh raya ni, kita diberikan pilihan untuk melalui jalan dalam, iaitu dari Simpang Subang tembus ke Glenmary. Ianya sedikit jauh berbanding melalui lebuhraya ini. Biasa la ..
Tol yang dikenakan sebanyak RM1.10 untuk kereta. Pilihan yang diberikan adalah Tunai, Touch & Go dan Smart Tag.
Malangnya pada hari ini, aku terpaksa beratur sejauh lebih kurang 400 meter untuk sampai ke pondok tol dan bayar disitu. Pada yang bayar Tunai, nasib la. Pada yang miliki Touch & Go dan Smart Tag, pasti meluncur laju. Bezanya, pemilik TG dan Smart Tag adalah, mereka bayar dulu, kemudian potong sedikit demi sedikit, sampai langsai. Caj yang sama dikenakan kepada pembayar Tunai, tapi kena beratur lama. Kalau rasa nak terkencing atau terkucil tu, baik tak yah lalu sini. Aku ada pilihan untuk melalui laluan alternatif, tapi sapa sangka ianya akan tersangkut begitu jauh. Mungkin untuk hari ini, atau mungkin berlaku pada hari hari lain juga. Bukan ke sepatutnya lebuhraya ini untuk memudahkan?
Terus terang aku nyatakan bahawa peniagaan Tol, adalah business yang paing mudah. untung dan selamat. Janji ada beruk di atas sana yang meluluskan proposal ini. Kalau ada pemilik yang rugi, memang bodoh sangat la mamat tu. Aku cukup yakin kutipan harian Tol di Lebuhraya Federal ni saja mencecah jutaaan ringgit. Kalau ada dua pondok Tol, lu orang kira lah sendiri.
Cuba nkorang bayangkan, kalau lah aku menjadi tokey tol ni. Akan ku letak komputer dirumah dan di sambung pada setiap pondok yang ada dan aku akan melihat jumlah kutipan bergerak tanpa henti 24 jam sehari. Biar pun aku ditandas, di kedai kopi, dipadang golf atau dimana saja, jumlah kutipan akan bergerak dengan sendirinya. Bayar upah kakitangan, penyelenggara dan sewa (mungkin) dan selebih untungnya aku akan belanjakan ikut sedap tekak aku.
Sorry la kalau aku tak tau susahnya nkorang bayar tol sebab aku sibuik dengan mengira wang pendapatan yang berjuta saban hari. Susah mengira dan susah untuk membelanjakan. Aku sibuk sangat ....
Wakakaka !!!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar