KUALA LUMPUR, 30 Nov — PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini. PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services. Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat “memberitahu siapa yang pergi bercuti.” Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.[ lagi ]
Lepas ni Mami Ijat pun melenting lagi ...
Cuba aleh tajuk ... kutuk wan azizah yang tiada kena mengena ..
Lari fokus .. orang pompuan yang sebayanya dalam dewan bersorak ..
Langsung tak paham politik melencong Mami Ijat ... wakakak !!!
Penipuan .. hanya untuk umno la ..
Golongan umno je yang terus bingai tak tau dia kena tipu ..
Dok terus sibuk kata umno perjuang itu ini ... wakakak !!!
Bingai !
Tidak ada komentar:
Posting Komentar